Persatuan Pegawai Pembangunan

Masyarakat (Perubatan) Malaysia

Perkhidmatan Social Yang Penyayang, Cekap Dan Berkesan

Persatuan Pegawai Pembangunan

Masyarakat (Perubatan) Malaysia

Perkhidmatan Social Yang Penyayang, Cekap Dan Berkesan

Garis Panduan Permohonan Bantuan Tabung Bantuan Perubatan

GARIS PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN
TABUNG BANTUAN PERUBATAN (TBP)
(Pindaan 2019)
1. TUJUAN
1.1 Mencapai objektif Tabung Bantuan Perubatan (TBP) membantu
golongan yang kurang berkemampuan untuk membiayai sebahagian
atau sepenuhnya kos rawatan, peralatan perubatan, peralatan
rehabilitasi dan ubat-ubatan.
1.2 Menjelaskan syarat-syarat dan jenis-jenis bantuan yang boleh
dipertimbangkan di bawah TBP untuk kegunaan di Ibu Pejabat
Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM) dan hospital-hospital
Kerajaan.
1.3 Penilaian bagi pemberian bantuan di bawah pembiayaan TBP dapat
dilaksanakan dengan telus supaya dapat dimanfaatkan oleh golongan
sasar.
1.4 Memendekkan tempoh penilaian supaya dapat dibuat dengan lebih
cepat berdasarkan maklumat yang tersedia untuk dinilai.
2. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
2.1 Kewarganegaraan: Warganegara Malaysia.
2.2 Status sosio-ekonomi:
a. kategori miskin atau kurang mampu yang diperaku dan disahkan
oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP); dan
b. seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Penilaian Sosio
ekonomi Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan KKM Tahun 2017.
2.3 Rujukan Hospital: Pesakit dirujuk oleh Hospital Kerajaan KKM/ Pusat
Perubatan Universiti Awam.
2.4 Bukan Penjawat Awam/ Pesara Kerajaan atau anggota keluarga
penjawat awam yang mendapat faedah perubatan di bawah Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009, Peraturan Permohonan
Perbelanjaan Kemudahan Perubatan atau pindaan yang dikeluarkan
dari semasa ke semasa.

2
3. JENIS-JENIS BANTUAN YANG DIPERTIMBANGKAN
3.1 Peralatan perubatan termasuk peralatan rehabilitasi yang merangkumi
pemulihan asas, meningkatkan kefungsian, dan bukan untuk tujuan
keselesaan atau kosmetik.
3.2 Ubat-ubatan:
a. didaftarkan dalam Senarai Formulari KKM;
b. telah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD);
c. mendapat kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan sekiranya
ubat tersebut tidak terdapat dalam Senarai Formulari KKM; dan
d. bagi tujuan rawatan dan penyembuhan.
3.3 Lain-lain bantuan bagi tujuan rawatan, pemulihan dan penyembuhan.
4. KONSEP/ TATACARA/ SYARAT PERMOHONAN TABUNG BANTUAN
PERUBATAN
4.1 Permohonan dikemukakan dan kelulusan diperolehi sebelum
rawatan dijalankan.
4.2 Pesakit/ keluarga pesakit perlu membiayai sejumlah amaun
mengikut kemampuan berdasarkan Garis Panduan Penilaian Sosioekonomi Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan Tahun 2017. Walau
bagaimanapun, amaun ini adalah tertakluk kepada pertimbangan dan
keputusan Pihak Berkuasa Melulus.
5. JENIS-JENIS RAWATAN/ PERALATAN PERUBATAN YANG TIDAK
DIPERTIMBANGKAN
5.1 Pembayaran ujian-ujian makmal dan diagnostik.
5.2 Rawatan bagi masalah kemandulan (infertility).
5.3 Alat pakai buang (disposable item) dan consumable item.
5.4 Kaedah rawatan yang baru dan belum terbukti keberkesanannya.
5.5 Rawatan pembedahan estetik kecuali bagi rawatan untuk
meningkatkan atau mengembalikan kefungsian.

3
6. KAEDAH TUNTUTAN PEMBAYARAN
6.1 Tuntutan pembayaran hendaklah dikemukakan kepada Bahagian
Kewangan, KKM melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan di Hospital
Kerajaan KKM/ Pusat Perubatan Universiti Awam yang menjalankan
rawatan/ membekalkan peralatan perubatan kepada pesakit.
6.2 Dokumen yang diperlukan bagi tujuan tuntutan pembayaran adalah
seperti berikut:
a. Surat permohonan tuntutan bayaran dari Jabatan Kerja Sosial
Perubatan, Hospital Kerajaan KKM/ Pusat Perubatan Universiti
Awam;
b. Surat pengesahan rawatan/ alat/ ubat kepada penerima bantuan
di bawah TBP (Borang F) yang diisi oleh Pegawai Perubatan atau
Pegawai Kerja Sosial Perubatan;
c. Surat perakuan dan pengesahan rawatan perubatan kepada
penerima di bawah TBP (Borang G) yang diisi oleh pesakit/ waris
pesakit;
d. Invois asal yang telah disahkan;
e. Nota penghantaran (Delivery order) yang telah disahkan;
f. Salinan sijil bumiputera bagi amaun RM50,000.00 dan ke atas;
dan
g. Salinan surat kelulusan.
6.3 Pembayaran bagi bantuan yang telah diluluskan akan disalurkan terus
kepada pusat rawatan/ pembekal peralatan.
7. PEMBATALAN PERMOHONAN/ KELULUSAN
7.1 Maklumat yang diberikan didapati tidak benar.
7.2 Pesakit telah mendapat tajaan/bantuan daripada pihak lain.
7.3 Rawatan tidak diperlukan lagi.
7.4 Telah tamat tempoh sahlaku kelulusan. .
8. TEMPOH KELULUSAN
8.1 Tempoh sahlaku kelulusan bantuan di bawah TBP:
a. Kes Kecemasan: 5 hari bekerja
b. Kes Elektif:
i. Disiplin Kardiologi dan Ortopedik: 1 tahun
ii. Lain-lain disiplin perubatan: 6 bulan

4
8.2 Permohonan perlanjutan tempoh kelulusan hendaklah dikemukakan
kepada Bahagian Kewangan, KKM dalam tempoh dua (2) bulan
sebelum tamat tempoh sahlaku kelulusan beserta dengan justifikasi
dan cadangan tarikh rawatan baru.
8.3 Permohonan perlanjutan tempoh sahlaku kelulusan hanya dibenarkan
sekali sahaja bagi setiap kelulusan.
8.4 Kelulusan bantuan bekalan ubat diberi sekali sahaja bagi setiap
pesakit untuk tempoh 6 bulan.
8.5 Tempoh kelulusan bekalan permohonan bantuan susu ialah selama
6 bulan.
9. JENIS-JENIS PENYAKIT YANG BOLEH DIBERI BANTUAN
9.1 Blood Disorders – all blood disorders excluding
a. Thalassemia for relevant age groups;
b. Factor V111 deficiency;
c. Factor 1X deficiency;
d. Von-Willebrands;
e. Others where treatment is available at the Government hospitals.
9.2 Bone and joint disorders.
9.3 Ear and hearing disorders.
9.4 Endocrine disorders.
9.5 Eye disorders.
a. Age Related Mascular Degeneration;
b. Photo Dynamic Therapy;
c. Glaucoma;
d. Anisometropia;
e. Corneal Opacities.
9.6 Genetic and metabolic disorders.
a. Special diets (as advised by medical specialists);
b. Medications;
c. Other proven interventions (as advised by medical specialists).
9.7 Heart diseases.
a. Congenital;
b. Acquired.
9.8 Immune disorders.
9.9 Interventional Radiology.
9.10 Long term care following surgical intervention.

5
9.11 Maxillofacial.
9.12 Neurological and neurodegenerative disorders.
9.13 Orthopedic conditions requiring surgical interventions.
9.14 Renal disorders.
9.15 Respiratory disorders.
a. Chronic respiratory failure requiring home ventilation, home
oxygen therapy;
b. Other chronic conditions.
Nota:
Penyakit yang tidak disenaraikan boleh dipertimbangkan untuk bantuan
secara ‘case to case basis’ jika diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal
Perubatan.
10. DOKUMEN WAJIB DISERTAKAN
Permohonan juga perlu disertakan dengan dokumen-dokumen seperti
berikut:
10.1 DOKUMEN PENGENALAN DIRI
a. MyKad/MyKid;
b. MyKad/Passport bagi ibubapa/penjaga; dan/atau
c. Sijil Kelahiran/Sijil Pendaftaran Pengangkatan.
10.2 DOKUMEN PENDAPATAN (pesakit & keluarga)
a. Slip gaji;
b. Borang BE/Cukai Pendapatan;
c. Surat/Kad Pencen Ilat bagi penerima PERKESO;
d. Surat Pengesahan Penerima Bantuan JKM; dan/atau
e. Surat Pengesahan Penerima Bantuan Baitulmal.
10.3 DOKUMEN CARUMAN (pesakit & keluarga)
a. Penyata KWSP; dan/atau
b. Polisi Insuran Kesihatan.
10.4 BIL UTILITI DAN LAIN-LAIN KOMITMEN
a. Elektrik;
b. Air;
c. Telefon tetap/ bimbit; dan/atau
d. Lain-lain komitmen (bulanan).

6
10.5 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN (bagi permohonan yang
melibatkan kos RM3,000.00 dan ke atas, sekiranya perlu)
a. Surat Pengesahan Pendapatan dari Ketua Kampung/ Penghulu/
Ketua Masyarakat/ Jawatankuasa Kampung/ Pegawai Daerah/
Surat Akuan Sumpah;
b. Kad Orang Kurang Upaya (OKU);
c. Surat Pengesahan Pelajar;
d. Gambar rumah (hadapan dan ruang tamu); dan/ atau
e. Dokumen pemilik kedai bagi pemohon yang bekerja sebagai
pembantu kedai.
10.6 DOKUMEN PERMOHONAN BANTUAN
a. Borang Permohonan TBP (Borang A);
b. Laporan Sosio Ekonomi (Borang B);
c. Surat Pengesahan Pakar/ Pegawai Perubatan (Borang C).
d. Pandangan dan ulasan Ketua Perkhidmatan Kebangsaan bagi
permohonan ubat sahaja (Lampiran D); dan
e. Jawatankuasa Pengesahan Permohonan Implan & Prostesis bagi
pesakit-pesakit ortopedik kos RM30,000.00 dan ke atas (Lampiran
E).
10.7 SEBUT HARGA
Tiga (3) sebutharga dari syarikat berlainan yang disahkan oleh
Pegawai/ Pakar Perubatan dan Pengarah Hospital.
11. PERMOHONAN
Individu yang ingin memohon bantuan di bawah TBP ini perlu dirujuk melalui
Pegawai/ Pakar Perubatan yang merawat pesakit kepada Jabatan Kerja
Sosial Perubatan di Hospital Kerajaan KKM/ Pusat Perubatan Universiti
Awam.
12. BACAAN BERSAMA DENGAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)
DAN SURAT EDARAN BERKAITAN PERMOHONAN TBP
12.1 Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan SOP mengikut
disiplin perubatan dan surat edaran berkaitan dengan permohonan
TBP ini seperti berikut:
a. SOP Kardiologi;
b. SOP Ortopedik;

7
c. SOP Respiratori;
d. SOP Surgeri;
e. SOP Otorinolaringologi (ENT);
f. SOP Oftalmologi;
g. SOP Rehabilitasi; dan
h. SOP Transplant.
12.2 Tindakan surcaj/ tatatertib akan dikenakan kepada mana-mana pihak
sekiranya terdapat maklumat yang tidak benar dan tidak mematuhi
garis panduan dan peraturan-peraturan yang digunapakai dari
semasa ke semasa.
13. PERTANYAAN
13.1 Bagi urusan permohonan dan tuntutan bayaran :
Urus Setia Tabung Bantuan Perubatan
Bahagian Kewangan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 7, Blok E7, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
Tel : 03-8883 3105/3116/3108/3119
Faks : 03-8888 4009/3677
13.2 Bagi urusan penilaian teknikal perubatan:
Urus Setia Teknikal Perubatan Tabung Bantuan Perubatan
Bahagian Perkembangan Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 7, Blok E1, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
Tel : 03-8883 1020/1016/1010/1013/1037
Faks : 03-8883 1048
Emel : kes_urgent.uteknik@moh.gov.my (bagi kes urgent sahaja)