Persatuan Pegawai Pembangunan

Masyarakat (Perubatan) Malaysia

Perkhidmatan Social Yang Penyayang, Cekap Dan Berkesan

Persatuan Pegawai Pembangunan

Masyarakat (Perubatan) Malaysia

Perkhidmatan Social Yang Penyayang, Cekap Dan Berkesan

Discaj Suite HTAR

DISCAJ SUITE HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH, KLANG
 
PENGENALAN
Discaj Suite ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato Dr Hj. Azman bin Abu Bakar pada 25 Jun 2013. Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia HTAR telah menyumbang RM 22,000.00 untuk sofa dan lain-lain keperluan. Discaj Suite sebelum ini merupakan bilik kecemasan lama yang telah diubahsuai.
 
MATLAMAT
Menyediakan suasana selesa kepada pesakit yang akan kembali kepangkuan keluarga di samping membantu penyediaan tempat kepada pesakit baru untuk menerima perawatan segera dan sempurna.
 
OBJEKTIF
1.    Menyediakan tempat transit yang selesa kepada pesakit yang akan discaj dari hospital.
2.    Membantu mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan disebabkan kekurangan katil di bahagian Medical Wad.
3.    Memberi penempatan yang segera kepada pesakit yang telah dikeluarkan daripada Unit ICU untuk menerima rawatan pemulihan di Medical Wad
4.    Perawatan segera dan sempurna dapat dilakukan kepada pesakit baru tanpa menunggu masa yang lama untuk kemasukan ke dalam wad.
5.    Memudahkan keluarga/ waris untuk menguruskan pesakit yang akan pulang.
 
MANUAL DISCAJ SUITE
 
TATACARA PESAKIT:
1.    Memahami tujuan dan fungsi Discaj Suite sebagai tempat transit untuk discaj dari hospital.
2.    Berlapang dada semasa berada di Discaj Suite sehingga segala keperluan dan dokumen yang berkaitan dapat diselesaikan.
3.    Keluar dari wad bukan bermakna akan terus pulang ke rumah.
4.    Menghubungi waris/ ahli keluarga untuk membawa pulang semasa berada di Discaj Suite.
5.    Nilai kesabaran dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada staf di Discaj Suite.
 
TATACARA STAF DI SETIAP MEDICAL WARD:
1.    Setiap pesakit yang transit ke Discaj Suite telah dimaklumkan tujuan dan maksud perpindahan tersebut.
2.    Memaklumkan kepada pesakit yang mereka akan discaj selepas segala dokumen disediakan.
3.    Berusaha membekalkan segala dokumen yang berkaitan semasa berpindah ke Discaj Suite.
 
TATACARA PEGAWAI PERUBATAN:
1.    Menyediakan segala laporan, surat rujukan, cuti sakit dan tarikh temu janji kepada pesakit sebelum berpindah ke Discaj Suite.
2.    Sekiranya perkara di atas tidak dapat dilaksanakan, doktor yang berkenaan hendaklah membuat laporan tersebut dalam tempoh 2-4 jam selepas pesakit dihantar ke Discaj Suite.
3.    Tidak menimbulkan rasa kurang senang serta salah faham kepada pesakit dan juga waris.
4.    Berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik meskipun dalam situasi tertekan.
 
KEMUDAHAN YANG DITAWARKAN
Terdapat 4 buah bilik yang serba lengkap dan selesa untuk pesakit:
1.    Bilik Mawar    – 4 buah kerusi rehat
2.    Bilik Orkid    – 4 buah kerusi rehat
3.    Bilik Melur    – 4 buah kerusi rehat
4.    Bilik Tanjung    – 8 buah kerusi rehat
Kemudahan lain:
1.    Ruang Solat
2.    Bilik Mutiara (Pantri)
3.    Bilik Kristal (Kecemasan)
4.    Bilik Utiliti
5.    Ruang Bacaan